Thursday, 20 February 2020

PROGRAM 4 DALAM 1

7 Februari 2020, Jumaat
Sebanyak 4 program telah dijalankan di SK King George V, selepas selesai bacaan Surah Yaasin. Perlancaran program-program tersebut adalah, Program Go Green, Program Bijak Sifir, Program NILAM dan Program Jom Poie Sekolah. Program-program ini dijalankan bagi menggalakkan murid membaca dan hadir kesekolah dengan selamat.



PROGRAM BERSAMA DOKTOR GIGI

21 Januari 2020, Selasa
Program Bersama Doktor Gigi ini telah dijayakan di atas gabungan SK King George V dan Klinik Kesihatan Ampangan. Program ini dijalankan bertujuan untuk mendidik murid tentang kepentingan penjagaan dan kebersihan gigi. Program ini telah mensasarkan semua murid-murid SK King George V. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti;
    • Teknik Menggosok Gigi
    • Pemeriksaan Gigi
    • Ceramah Penjagaan Gigi



    KURSUS ORIENTASI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

    17 Januari 2020, Jumaat
    Kursus orientasi pengawas telah diadakan dengan tujuan mendidik murid-murid tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS). Murid-murid ini telah didedahkan tentang tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Agihan tugas-tugas juga telah diberikan bagi melancarkan aktiviti-aktiviti PSS.











    LAWATAN PENANDA ARASAN SK SIKAMAT

    9 Januari 2020, Khamis. 
    SK King George V telah menerima tetamu dari SK Sikamat seramai lebih kurang 10 orang. Kedatangan beliau disambut mesra oleh guru-guru SK King George V. Ketibaan tetamu pada jam 2:00 petang telah disambut oleh  Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norzubaidah Binti Hj. Ahmad dan Guru Perpustakaan dan Media, Puan Zaharizah Binti Hj. Abdul Kadir.



    Sesi perkongsian penyimpanan rekod PSS.