Sunday, 3 December 2017


Add caption
Suasana di hari sending off Cikgu Manjodin..Selamat
Bersara..Moga dikurniakan kesihatan yang baik supaya boleh menikmati hari-hari pencen dengan tenang.




Friday, 1 December 2017

NILAM TAMBAH BAIK

Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.  
Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif dan diberi pengiktirafan yang sesuai. Matlamat KPM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan murid kerana rasionalnya suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu yang berasas tabiat membaca. Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) ialah urus setia  yang menyelaras program ini.

Sumber :
http://upspbtpnkl.blogspot.my/p/latar-belakang-satu-tamadun-bangsa.html
  
Objektif

Bermula tahun 2017, Program Nilam yang telah dimulakan seawal tahun 1999 telah dibuat penambah baikan dan  nafas baru supaya menjadi lebih menarik dan mampu menonjolkan keupayaan dan bakat pelajar. Selaras dengan pembelajaran menuju abad ke-21 (PAK21), maka Program Nilam juga menjurus kepada kepelbagaian aktiviti berbentuk PAK21.
Di antara objektif Program Nilam Ditambah Baik adalah seperti berikut :
· Melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti, membantu dalam proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, pengetahuan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat
· Menyediakan murid Malaysia yang mampu dan berkebolehan dalam menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul murid, membuat refleksi dan menilai kembali melalui pelbagai aktiviti pengayaan
· Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum
· Menggalakkan penglibatan masyarakat, komuniti setempat, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam merealisasikan tabiat dan amalan membaca baik di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah.


1. OBJEKTIF NILAM
· Nilam Ditambah Baik melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti
· Ia lebih tertumpu kepada kemahiran literasi dalam kalangan murid dan keupayaan murid untuk mencari ilmu
· Ia juga menggalakkan pelajar untuk bergerak ke aras pembelajaran abad ke-21 (PAK21)
· Nilam ditambah baik tidak hanya melibatkan guru bahasa semata-mata tetapi melibatkan seluruh guru, ibu bapa dan komuniti

2. FOKUS DAN PENDEKATAN
    
· Nilam Ditambah Baik menekankan kuantiti dan kualiti bahan bacaan. Setiap aktiviti disusuli dengan pebagai aktiviti pengayaan yang berbentuk PAK21.
· Ia lebih menjurus kepada penglibatan semua murid dan tidak hanya untuk murid yang minat sahaja.

3.  PENGLIBATAN MURID, GURU, IBU BAPA DAN KOMUNITI
· Nilam ditambah baik memfokuskan kepada semua murid bermula dari Pra-Sekolah hingga Tingkatan 6, murid Pendidikan Khas dan juga Kolej Vokasional.
   ·  Nilam ditambah baik menyaksikan penglibatan semua guru serta pemantauan berkala  
      oleh guru kelas, guru Nilam mahu pun guru GPM.
· Ia juga melibatkan penyertaan semua ibu bapa, komuniti setempat, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang turut sama boleh membuat pengesahan kepada rekod bacaan Nilam murid.

4. KUALITI BUKU, JENIS   BAHAN BACAAN DAN PEMBUKTIAN
· Nilam ditambah baik mengambil kira kesesuaian bahan bacaan dan menyediakan lebih peluang untuk murid memilih bahan bacaan yang pelbagai format dan sumber. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan selepas pembacaan dengan kuasa pengesahan lebih meluas iaitu disahkan oleh semua guru dan juga ibu bapa.

Kesimpulannya, Nilam Ditambah Baik adalah lebih baik, menyeluruh dan dilihat lebih berkesan untuk semua pelajar.Kepalbagaian aktiviti pengayaan yang boleh dilaksanakan oleh guru ketika di kelas sememangnya mampu memberi kesan dan impak kepada apa yang telah dibaca oleh pelajar.
Adalah diharapkan, setelah pelbagai aktiviti pengayaan dilaksanakan oleh guru di kelas selepas sesi pembacaan selesai, akan berlakulah peningkatan dalam aras pengetahuan dan kemahiran pelajar.
Mungkin juga guru berkenaan boleh mengadakan kuiz ringkas untuk menguji kefahaman dan kemahiran pelajar selepas sesi bacaan dijalankan. Pelbagai kaedah dan teknik boleh dilaksanakan. Yang pasti ia dilihat dapat membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid kerana murid-murid tidak akan membaca secara membuta-tuli sahaja tetapi mereka membaca untuk suatu tujuan.
Jom kita sama-sama gerakkan Nilam di sekolah. Membaca mampu mengangkat martabat pelajar kita daripada tidak tahu kepada lebih tahu!

PELAKSANAAN:

Terdapat dua cara yang boleh dilaksanakan oleh guru di kelas untuk memastikan pelaksanaan Nilam berjalan dengan lancar walaupun ia melibatkan murid yang pintar dan murid yang lemah. Untuk murid yang lemah, guru seharusnya menggalakkan murid untuk membaca atau mencari maklumat.

CARA 1 : Khusus untuk murid yang memerlukan bimbingan guru
· Murid membaca atau mencari maklumat atas permintaan guru (ketika sesi PdP)
· Murid membuat rumusan untuk bahan yang dibaca (WAJIB) dan seterusnya guru menjalankan aktiviti pengayaan semasa PdP melibatkan semua murid. Contohnya bercerita, forum, pembentangan dll
· Aktiviti akan disahkan oleh guru berkenaan

CARA 2 : Khusus untuk murid yang boleh bekerja dengan bimbingan minima dari guru
· Murid membaca dan membuat carian maklumat kerana minat
· Murid membuat rumusan (WAJIB) dan seterusnya menjalankan aktiviti pengayaan tidak terhad di sekolah sahaja tetapi juga di rumah, perpustakaan dan lain-lain
· Murid mendapatkan pengesahan daripada ibu bapa, penjaga atau guru

Nilam ditambah baik kelihatan lebih mudah dan pelbagai. Cubalah laksanakan untuk murid-murid anda.
 Peranan Pelbagai Pihak

TUGAS GURU MATA PELAJARAN / GURU KELAS
1. Menggalakkan murid
2. Menyemak dan mengesahkan
3. Membimbing murid melaksanakan aktiviti-aktiviti pembacaan
4. Memantau dan menggalakkan murid membaca bahan bacaan yang sama dengan tahap kemahiran pelajar

PERANAN PENTADBIR  SEKOLAH
1. Memahami konsep
2. Memberi penjelasan
3. Memastikan aktiviti berjalan lancar

PERANAN IBU BAPA /   KOMUNITI
1. Memberi galakan untuk murid membaca dan mencari maklumat
2. Melakukan aktiviti pengayaan

3. Membuat pengesahan daripada ibu bapa, penjaga, komuniti, NGO dan badan kerajaan

PERANAN PIBG
1. Bekerjasama dengan pihak sekolah
2. Membantu pihak sekolah dalam menggerakkan program Nilam
3. Turut melibatkan diri dalam aktiviti Nilam yang dianjurkan oleh pihak sekolah

BILA BOLEH DILAKSANAKAN?
Pelaksanaan nilam tidak terhad kepada aktiviti di sekolah semata-mata. Ketika murid berada di sekolah, pelaksanaan Nilam adalah pelbagai tanpa mengira waktu. Nilam boleh dilaksanakan pada sebarang waktu perhimpunan dan juga di dalam mana-mana program anjuran sekolah, di mana salah satu slot dalam program berkenaan turut diselitkan dengan aktiviti Nilam yang boleh memupuk minat membaca dalam kalangan pesertanya. Hanya 10 minit sudah cukup untuk kita dapatkan sedikit ilmu daripada membaca!
Aktiviti PdP di kelas juga tanpa kita sedar turut melibatkan pelaksanaan Nilam di mana pelajar membuat carian, membaca, mencatat dan merumus serta membuat aktiviti pengayaan. Selain itu, pusat sumber sekolah turut menjadi tempat utama untuk pelajar melakukan aktiviti Nilam samada secara berkumpulan atau bersendirian terutamanya pada waktu rehat atau pada waktu PdP bersama guru.
Malah, aktiviti membaca bukan hanya terhad ketika berada di sekolah sahaja. Aktiviti membaca turut dilakukan di luar waktu persekolahan. Sebarang aktiviti berbentuk PAK21 turut menyumbang kepada aktiviti Nilam di mana secara tidak langsung pelajar telah melakukan proses literasi maklumat sama ada secara digital atau pembacaan.
Ambillah peluang dan ruang yang ada untuk sama-sama kita memantapkan Nilam di sekolah. Sememangnya Nilam ditambah baik ini mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran literasi murid ke tahap yang lebih baik.

Bahan bacaan untuk Nilam terdiri daripada buku dan bahan bukan buku. Buku terdiri daripada buku berbentuk fizikal dan juga e-Book. Manakala bahan bukan buku pula terdiri daripada bahan bercetak dan bahan bukan cetak. Jom kita lihat kepelbagaian bahan bukan buku.

BAHAN BUKAN BUKU : BAHAN BERCETAK
1. Jurnal
2. Laporan
3. Majalah
4. Peta
5. Rencana
6. Cerpen yang dibaca dari akhbar dan majalah
7. Artikel daripada akhbar, majalah, laman web dan blog
8. Risalah / brosur yang bermaklumat dan berilmiah
9. Katalog yang bermaklumat dan berilmiah, tidak hanya memaparkan harga semata-mata
10. Manual pengguna
11. Buku skrap
12. Buletin
13. Komik yang berilmiah dan bermoral
14. Poster yang bermaklumat
15. Carta seperti carta organisasi dan carta alir

BAHAN BUKAN BUKU : BAHAN BUKAN CETAK
1. Video klip berinformasi
2. CD perisian pendidikan
3. Kit pembelajaran
4. E-Bahan pembelajaran

PELBAGAI JENIS AKTIVITI PENGAYAAN (SELEPAS AKTIVITI PEMBACAAN)
Pelbagai aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan terutamanya di kelas selepas sesi Nilam termasuk sesi PdP yang melibatkan penerapan Nilam. Di antaranya adalah seperti berikut :
1. Tunjuk ajar
2. Membaca bersama
3. Buku skrap
4. Lakonan / sketsa
5. Resensi buku / mengulas buku / bicara buku
6. Berpantun
7. Lukisan / poster
8. Rumusan dalam bentuk ayat atau peta minda
9. Mencipta lirik lagu
10. Radio sekolah
11. Syarahan dan forum
12. Menghasilkan buku / menulis
13. Bercerita
14. Mendeklamasi sajak dll

Terdapat pelbagai lagi aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan mengikut kreativiti guru dan murid. Apa yang diharapkan, selepas selesai aktiviti pengayaan, murid akan berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing.