Program galakan membaca yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau
Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina
Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Program ini dilaksanakan bermula
dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi
sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka
tamat persekolahan.
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca
merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang
berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif dan diberi pengiktirafan
yang sesuai. Matlamat KPM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan murid
kerana rasionalnya suatu tamadun atau bangsa hanya dapat
dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu yang berasas tabiat membaca.
Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) ialah urus setia yang menyelaras program ini.
Sumber :
http://upspbtpnkl.blogspot.my/p/latar-belakang-satu-tamadun-bangsa.html
Objektif
Bermula tahun 2017, Program Nilam yang telah dimulakan seawal tahun 1999
telah dibuat penambah baikan dan nafas
baru supaya menjadi lebih menarik dan mampu menonjolkan keupayaan dan bakat
pelajar. Selaras dengan pembelajaran menuju abad ke-21 (PAK21), maka Program
Nilam juga menjurus kepada kepelbagaian aktiviti berbentuk PAK21.
Di antara objektif Program Nilam Ditambah Baik adalah seperti berikut :
· Melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti,
membantu dalam proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran,
pengetahuan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat
· Menyediakan murid Malaysia yang mampu dan
berkebolehan dalam menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT)
yang menguji keupayaan menaakul murid, membuat refleksi dan menilai kembali
melalui pelbagai aktiviti pengayaan
· Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam
pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum
· Menggalakkan penglibatan masyarakat, komuniti
setempat, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam merealisasikan tabiat
dan amalan membaca baik di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah.
1. OBJEKTIF
NILAM
· Nilam
Ditambah Baik melestarikan
budaya pembacaan yang berkualiti
· Ia lebih
tertumpu kepada kemahiran literasi dalam kalangan murid dan keupayaan murid untuk
mencari ilmu
· Ia juga
menggalakkan pelajar untuk bergerak ke aras pembelajaran abad ke-21 (PAK21)
· Nilam
ditambah baik tidak hanya melibatkan guru bahasa semata-mata tetapi melibatkan
seluruh guru, ibu bapa dan komuniti
2. FOKUS DAN PENDEKATAN
· Nilam
Ditambah Baik menekankan kuantiti
dan kualiti bahan bacaan. Setiap aktiviti disusuli dengan pebagai aktiviti
pengayaan yang berbentuk PAK21.
· Ia lebih
menjurus kepada penglibatan semua murid dan tidak hanya untuk murid yang minat
sahaja.
3.
PENGLIBATAN MURID, GURU, IBU BAPA DAN KOMUNITI
· Nilam
ditambah baik memfokuskan
kepada semua murid bermula dari Pra-Sekolah hingga Tingkatan 6, murid
Pendidikan Khas dan juga Kolej Vokasional.
· Nilam
ditambah baik menyaksikan penglibatan semua guru serta pemantauan berkala
oleh
guru kelas, guru Nilam mahu pun guru GPM.
· Ia juga
melibatkan penyertaan semua ibu bapa, komuniti setempat, pertubuhan kerajaan
dan bukan kerajaan yang turut sama boleh membuat pengesahan kepada rekod bacaan
Nilam murid.
4. KUALITI BUKU,
JENIS BAHAN BACAAN DAN PEMBUKTIAN
· Nilam
ditambah baik mengambil kira kesesuaian bahan bacaan dan menyediakan lebih
peluang untuk murid memilih bahan bacaan yang pelbagai format dan sumber.
Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan selepas pembacaan dengan kuasa pengesahan
lebih meluas iaitu disahkan oleh semua guru dan juga ibu bapa.
Kesimpulannya,
Nilam Ditambah Baik adalah lebih baik, menyeluruh dan dilihat lebih berkesan
untuk semua pelajar.Kepalbagaian aktiviti pengayaan yang
boleh dilaksanakan oleh guru ketika di kelas sememangnya mampu memberi kesan
dan impak kepada apa yang telah dibaca oleh pelajar.
Adalah diharapkan, setelah pelbagai
aktiviti pengayaan dilaksanakan oleh guru di kelas selepas sesi pembacaan
selesai, akan berlakulah peningkatan dalam aras pengetahuan dan kemahiran
pelajar.
Mungkin juga guru berkenaan boleh
mengadakan kuiz ringkas untuk menguji kefahaman dan kemahiran pelajar selepas
sesi bacaan dijalankan. Pelbagai kaedah dan teknik boleh dilaksanakan. Yang
pasti ia dilihat dapat membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid
kerana murid-murid tidak akan membaca secara membuta-tuli sahaja tetapi mereka
membaca untuk suatu tujuan.
Jom kita sama-sama gerakkan Nilam di
sekolah. Membaca mampu mengangkat martabat pelajar kita daripada tidak tahu
kepada lebih tahu!
PELAKSANAAN:
Terdapat dua cara yang boleh dilaksanakan oleh guru
di kelas untuk memastikan pelaksanaan Nilam berjalan dengan lancar walaupun ia
melibatkan murid yang pintar dan murid yang lemah. Untuk murid yang lemah, guru
seharusnya menggalakkan murid untuk membaca atau mencari maklumat.
CARA 1 : Khusus
untuk murid yang memerlukan bimbingan guru
· Murid
membaca atau mencari maklumat atas permintaan guru (ketika sesi PdP)
· Murid
membuat rumusan untuk bahan yang dibaca (WAJIB) dan seterusnya guru menjalankan
aktiviti pengayaan semasa PdP melibatkan semua murid. Contohnya bercerita,
forum, pembentangan dll
· Aktiviti
akan disahkan oleh guru berkenaan
CARA 2 :
Khusus untuk murid yang boleh bekerja dengan bimbingan minima dari guru
· Murid
membaca dan membuat carian maklumat kerana minat
· Murid
membuat rumusan (WAJIB) dan seterusnya menjalankan aktiviti pengayaan tidak
terhad di sekolah sahaja tetapi juga di rumah, perpustakaan dan lain-lain
· Murid
mendapatkan pengesahan daripada ibu bapa, penjaga atau guru
Nilam ditambah baik kelihatan lebih mudah dan
pelbagai. Cubalah laksanakan untuk murid-murid anda.
Peranan
Pelbagai Pihak
TUGAS GURU MATA PELAJARAN / GURU KELAS
1. Menggalakkan murid
2. Menyemak dan mengesahkan
3. Membimbing murid melaksanakan
aktiviti-aktiviti pembacaan
4. Memantau dan menggalakkan murid
membaca bahan bacaan yang sama dengan tahap kemahiran pelajar
PERANAN PENTADBIR SEKOLAH
1. Memahami konsep
2. Memberi penjelasan
3. Memastikan aktiviti berjalan
lancar
PERANAN IBU BAPA / KOMUNITI
1. Memberi galakan untuk murid
membaca dan mencari maklumat
2. Melakukan aktiviti pengayaan
3. Membuat pengesahan daripada ibu bapa, penjaga, komuniti, NGO dan badan
kerajaan
PERANAN PIBG
1. Bekerjasama
dengan pihak sekolah
2. Membantu
pihak sekolah dalam menggerakkan program Nilam
3. Turut
melibatkan diri dalam aktiviti Nilam yang dianjurkan oleh pihak sekolah
BILA BOLEH DILAKSANAKAN?
Pelaksanaan nilam tidak terhad kepada aktiviti di
sekolah semata-mata. Ketika murid berada di sekolah, pelaksanaan Nilam adalah
pelbagai tanpa mengira waktu. Nilam boleh dilaksanakan pada sebarang waktu
perhimpunan dan juga di dalam mana-mana program anjuran sekolah, di mana salah
satu slot dalam program berkenaan turut diselitkan dengan aktiviti Nilam yang
boleh memupuk minat membaca dalam kalangan pesertanya. Hanya 10 minit sudah
cukup untuk kita dapatkan sedikit ilmu daripada membaca!
Aktiviti PdP di kelas juga tanpa kita sedar turut
melibatkan pelaksanaan Nilam di mana pelajar membuat carian, membaca, mencatat
dan merumus serta membuat aktiviti pengayaan. Selain itu, pusat sumber sekolah
turut menjadi tempat utama untuk pelajar melakukan aktiviti Nilam samada secara
berkumpulan atau bersendirian terutamanya pada waktu rehat atau pada waktu PdP
bersama guru.
Malah, aktiviti membaca bukan hanya terhad ketika
berada di sekolah sahaja. Aktiviti membaca turut dilakukan di luar waktu
persekolahan. Sebarang aktiviti berbentuk PAK21 turut menyumbang kepada
aktiviti Nilam di mana secara tidak langsung pelajar telah melakukan proses
literasi maklumat sama ada secara digital atau pembacaan.
Ambillah peluang dan ruang yang ada untuk sama-sama
kita memantapkan Nilam di sekolah. Sememangnya Nilam ditambah baik ini mampu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran literasi murid ke tahap yang lebih baik.
Bahan bacaan untuk Nilam terdiri daripada buku dan
bahan bukan buku. Buku terdiri daripada buku berbentuk fizikal dan juga e-Book.
Manakala bahan bukan buku pula terdiri daripada bahan bercetak dan bahan bukan
cetak. Jom kita lihat kepelbagaian bahan bukan buku.
BAHAN BUKAN BUKU : BAHAN BERCETAK
1. Jurnal
2. Laporan
3. Majalah
4. Peta
5. Rencana
6. Cerpen yang dibaca dari akhbar
dan majalah
7. Artikel daripada akhbar,
majalah, laman web dan blog
8. Risalah / brosur yang
bermaklumat dan berilmiah
9. Katalog yang bermaklumat dan
berilmiah, tidak hanya memaparkan harga semata-mata
10. Manual pengguna
11. Buku skrap
12. Buletin
13. Komik yang berilmiah dan
bermoral
14. Poster yang bermaklumat
15. Carta seperti carta organisasi
dan carta alir
BAHAN BUKAN BUKU : BAHAN BUKAN CETAK
1. Video klip berinformasi
2. CD perisian pendidikan
3. Kit pembelajaran
4. E-Bahan pembelajaran
PELBAGAI JENIS AKTIVITI PENGAYAAN (SELEPAS AKTIVITI PEMBACAAN)
Pelbagai aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan
terutamanya di kelas selepas sesi Nilam termasuk sesi PdP yang melibatkan
penerapan Nilam. Di antaranya adalah seperti berikut :
1. Tunjuk
ajar
2. Membaca
bersama
3. Buku skrap
4. Lakonan / sketsa
5. Resensi buku / mengulas buku /
bicara buku
6. Berpantun
7. Lukisan / poster
8. Rumusan dalam bentuk ayat atau
peta minda
9. Mencipta lirik lagu
10. Radio sekolah
11. Syarahan dan forum
12. Menghasilkan buku / menulis
13. Bercerita
14. Mendeklamasi sajak dll
Terdapat pelbagai lagi aktiviti pengayaan yang boleh
dijalankan mengikut kreativiti guru dan murid. Apa yang diharapkan, selepas
selesai aktiviti pengayaan, murid akan berjaya meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran masing-masing.
No comments:
Post a Comment